Apa Itu Driver?
Setelah anda format komputer anda dan install Windows, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah memasang driver. Driver ini diperlukan oleh komponen hardware yang berada di dalam komputer, contohnya graphic card dan sound card.
Tanpa driver, anda akan dapati komputer anda tak dapat berfungsi dengan sepenuhnya. Contohnya, tanpa driver untuk sound card, sistem audio takkan berfungsi dan menyebabkan komputer anda tidak dapat mengeluarkan sebarang bunyi atau memainkan mp3.
Selalunya apabila anda beli barang-barang komputer, pekedai akan membekalkan anda dengan CD driver. CD inilah yang sepatutnya anda simpan elok-elok, mana tahu anda perlukannya esok hari. Kalau anda tiada CD ini (hilang atau sebagainya), anda masih boleh cari driver anda di Internet.
Jangan lupa backup semua driver yang sedia ada dalam komputer anda, sebagai langkah berjaga-jaga. Driver yang anda telah backup ini sangat berguna sekiranya anda perlu format kembali komputer.(Sumber sembangkomputer.com)

Click to Add a New Comment
Leave your comment